Wednesday, December 30, 2009

HARI TERAKHIRKU DI UNITI...

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni adalah hari terakhir aku di Kolej Uniti sebagai pensyarah. Esok tiada lagi pengalaman sebagai pensyarah. Aku akan memulakan hidup ku yang baru sebagai GURU. Perasaan bercampur baur aku rasakan hari ni.

Sedih ada, gembira pun ada..Hari terakhirku bersama rakan-rakan pensyarah yang lain..Jauh disudut hati ni rasa betul-betul sedih dan tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata.Untuk meninggalkan tempat yang telah aku berpijak selama setengah tahun mencari rezeki pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa aku tempuh...

Kepada rakan-rakan yang akan menempuh alam baru sebagai guru, aku ucapkan selamat berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara...Tugas korang amat mulia..Mendidik anak bangsa untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.Jadilah seorang guru yang berkualiti dan aku takkan lupakan segala jasa korang semua.

Kepada rakan-rakanku yang masih kekal sebagai pensyarah di UNITI ni, aku doakan agar korang tidak jemu untuk mengajar di sini. Tugas korang tetap sama sebagai pendidik.Insyaallah, kalau ada umur aku akan datang kembali ke UNITI. Tanah UNITI ni takkan kulupakan.Doa korang amat aku harapkan..

AKU SAYANG KORANG SEMUA...


BERMULANYA HARIKU MENJADI GURU 4HB JANUARI 2010...

CELIK INSAN KERANA GURU UNGGUL

Sunday, December 6, 2009

KEMALANGAN...

Dah lebih seminggu aku tak tulis ape2 kat blog nih..lame gak aku cuti sakit..
aku kemalangan pada 30hb November mase nak g kerja...
Mungkin sebab fikiran bercelaru sket..sebabnya pada 29hb November 'S' yang aku ceritakan tu dah selamat bertunang ngan jejaka pilihan keluarga sendiri...
Memang hari tu kepala nih bercelaru sebab memikirkan 'S'..
Tapi aku hanya mendoakan yang terbaik buat 'S' dan mengharapkan agar 'S' selamat ke jinjang pelamin...

Hari ni aku kembali bekerja walaupun belum betul-betul sembuh...Maklumlah lutut dah berlubang memang payah nak baik...tapi ape2 pun aku bersyukur kepada Allah sebab memanjangkan umurku...Ni semua dugaan..mungkin dah banyak sangat dosa aku..

Untuk 'S', kaulah kenangan terindah dalam hidupku...

TINGGAL KENANGAN...

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan...
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku...

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih...

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih...

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintang...

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih...

*******************************************************

LIRIK LAGU NIH AKU TUJUKAN KEPADA 'S' YANG TELAH SELAMAT BERTUNANG PADA 29HB NOVEMBER 2009...
SEGALANYA KINI TINGGAL KENANGAN...

Tuesday, November 24, 2009

MPV Alza VS MPV Exora???


Perodua sudah melancarkan MPV mereka yang dah mencecah pasaran. Nak tengok jugak camana dia boleh compete dengan Proton Exora keluaran kereta Nasional. Harga pun dalam RM56,000++ je...
Selagi belum tengok LIVE, so takleh la nak judge camne, tapi saksikanlah sendiri kalau-kalau kiranya berkenan di hati.Untuk En. Amat, pe lagi rembat la satu..jangan tunggu lagi...
Untuk En. Anas, Kak Ila, Kak Ina, Ustazahzuna, Cik Aqil Hayy, dan Ummi Ya Nahnu Fi Sodri, kalo nak anak ramai bleh r rembat gak...Dan bagi Fizah ngan Yati, kalau nak pakai 2 kereta bleh r beli di kedai runcit berhampiran anda...huhuhu...As for me…aku akan tetap pilih (beli) kereta kiut untuk aku tak lama lagi..hahaha.

So, jangan lupa vote untuk kereta idaman anda di sebelah sana ---------------->

KENANGAN UNITI

Hari ni aku buka blog Cikgu Bad dan terjumpa gambar masa buat pertandingan hari Aktiviti Fizikal dulu.Jadi aku masukkan gambar tu untuk tatapan semua.Thanks Cikgu Bad...Gambar ni bleh la dikatakan sebagai kenangan aku masa di UNITI. Dan yang paling penting, GC menang hari tu.Kelas tu aku yang ajar.Huhuhu..Jangan marah ye Fizah..Jadi silalah tatap gambar yang aku masukkan nih.




Orang kuat hari tersebut...Thanks kepada Anas kerana membantu...


********************************************************************



Ni la GC yang menang hari tu...Tahniah kepada mereka...


********************************************************************


Bergambar wif Fizah n Anas...Fizah, jangan kecewa ye...Huhuhu...


******************************************************************


GD dapat tempat ke-3 je..Tapi takpe, aku yang ajar gak kumpulan nih...

*********************************************************************



GE, tak bernasib baik hari tu...tapi takpe, ade masa cuba lagi...

*******************************************************************


Barisan hakim pada hari tu yang mantain ayu walaupun letih...Thanks sebab sudi jadi hakim jemputan..
**************************************************************************

Friday, November 20, 2009

CIKGU = CELIK INSAN KERANA GURU UNGGUL


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...

Kepada semua cikgu-cikgu, saya doakan moga kalian terus sabar dan tabah dalam mendidik anak bangsa demi memastikan mereka ini kelak menjadi seorang rakyat yang cemerlang dan bertanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara.

JASAMU GURU… AKAN DIKENANG SEPANJANG HAYAT...

CICAK MENYERANG!!!!!!!



HARI INI TERCIPTA SEJARAH DI MANA SEEKOR CICAK YANG KECIL TELAH MENYERANG PENSYARAH-PENSYARAH DPS DAN MENYEBABKAN BANGUNAN AKADEMIK BERGEGAR DENGAN JERITAN ALA
JACLYN VICTOR DARI PENSYARAH-PENSYARAH PEREMPUAN...HUHUHU...

BENGANGNYE!!!!???

Aku bosan dengan cinta mu,
Aku rasa buang masa,
Kau selalu mendustakan cintaku,
Aku fikir kau tak searus,
Lebih baik ku beralih,
Biar kan diriku terus bersendiri,
Ku tak fikir engkau setia,
Walau jasad dan juga nyawa,
Sebagai tanda cintamu pada ku katamu,

Tak mungkin ku percaya,
Kata-kata yang penuh dusta,
Hanya lah bibir berkata
Yang memilukan,
Menambah bengang rasa hampa,
Terus hina diri ku terasa,

Cukup berkali kau berkata,
Jangan diulang lagi dusta,
Jangan kau pujuk hati yang terluka,
Tak mungkin akan ku kembali,
Jika janji sekadar mimpi,
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta,


Setiap liku diserang pilu,
Setiap liku teringat janji mu,
Oooh caramu,
Akan ku teruskan hidup ku,
Oh tanpa mu..

Sunday, November 15, 2009

BROKEN HEART... T_T

Em…Dah 2 hari tak tulis pape kat blog nih..hari ni aku nak berkongsi sikit cerita yang pada aku amat memeranjatkan. Dan semestinya aku rase sedih gak r dengan kejadian ni…

Cerita bermula apabila semalam aku menerima panggilan talefon dari kakak ipar aku yang berkawan baik dengan seseorang yang aku amat admire…Kiranya orang tu adalah ‘Secret Admire’ aku r…aku dah sukakan die dari sekolah lagi…Biarlah aku gelarkan dia ‘S…’tapi biasak r kan, lelaki ni ade malu-malu kucing sket…Selama ni pun aku layan dia macam kawan-kawan aku yang lain. Tapi perasaan suka tu aku simpan je dalam hati..Aku nih main belasah je layan si ‘S’ni. Dia tak tahu yang aku sukakan dia.

Panggilan telefon tu membawa khabar si ‘S’ nih akan bertunang lagi 2minggu…Jadi, aku pun ape lagi sentap giler r…yang aku tak sangka, parent dia yang jalankan…dia tak kenal pun lelaki tu...aku memang tau yang ‘S’ nih memang budak yang baik…Bertudung labuh, tutur kata yang lembut…Sebab tu aku suke…Tapi aku tak sangka dia akan setuju dengan pilihan keluarga…Mungkin sebab die nih terlalu pendiam dan pemalu kot…Anak yang baik la katakan...

Dulu pernah aku nak cube luahkan perasaan kat die…Tapi aku nih gerun sket ngan perempuan yang baik dan bertudung labuh ni…Rasa cam diri tak cukup baik untuk die…Jadi aku pendamkan dulu…lagipun aku ni belum berduit lagi…Jadi, tak berani nak buka mulut…huhuhu…Dulu kami satu sekolah, tapi lain-lain kelas masa form 6…Mungkin bukan jodoh aku kot…

Mula-mula rasa menyesal sangat tak sempat nak luahkan apa yang aku rasa…Tapi mungkin Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk ‘S’…Dan aku redha dengan apa yang terjadi…Aku doakan dia bahagia dengan pasangan hidup yang baru…huhuhu…Mungkin aku belum cukup baik untuk menjadi teman dia..Yelah kan, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik…aku ni mungkin jahat kot…

Jadi tumpuan aku sekarang pada yang lagi 2 orang ni….huhuhu…Kalau yang 2 orang ni pun bukan jodoh aku, aku terima je dengan hati yang terbuka…sedih…Jodoh pertemuan di tangan Tuhan…Tapi tu la kan orang kata,

“Biar luahkan tapi tak diterima, jangan tak sempat nak luahkan dan terlepas begitu sahaja…”

Friday, November 13, 2009

PAHIT DAN INDAH..


" MUNGKIN SESUATU YANG PAHIT ITU AKAN MENJADI KENANGAN YANG PALING INDAH DALAM HIDUP KITA..PENGALAMAN ITU AKAN MEMBUAT KITA TERSENYUM SUATU HARI NANTI..."

Thursday, November 12, 2009

BENCINTA VS ANTARA DUA


Hari Jumaat memang ditunggu-tunggu oleh aku. Sebab esok boleh cuti dua hari.huhuhu. bagi aku lebih dari sekadar cuti sebenarnya. Banyak perkara yang aku boleh buat dalam cuti dua hari nih. Salah satunya berjumpa dengan orang tersayang.huhuhu

First sekali aku nak minta maaf kat Kak Siti sebab tak dapat nak pergi ke majlis perkahwinannya..atas sebab-sebab yang memang tak dapat dielakkan. Ada perkara penting nak aku settlekan pada hari Ahad nih. Dan pastilah berkaitan dengan orang itu.
*********************************************
BENCINTA!!!!!

Maksud yang begitu mendalam sekali dalam hidup aku. Ada orang yang aku amat cinta dan ada gak yang aku sangat benci tapi tak boleh nak lepaskan..Mungkin sebab dah sayang sangat sampai tak boleh nak lepaskan.

ANTARA DUA?

Antara dua orang nih aku tak dapat nak pilih yang mana satu. Sebab dua-dua aku sayang sangat. Walaupun yang seorang nih selalu melukakan hati tapi pandai memujuk. Huh!...Tak tau nak cakap camna.. Yang seorang lagi nih baik sangat-sangat..sebab tu lah aku sayang.huhuhu.. Tutur kata yang lembut dan pandai buat lawak membuatkan hati jadi tenang..

Papepun aku harap hubungan antara keduanya dapat berkekalan sebab aku tak sanggup nak kehilangan mereka. Lagi sekali nak minta maaf kat kak Siti sebab tak dapat datang..

Tu saje kot untuk hari nih...Wassalam