Sunday, November 15, 2009

BROKEN HEART... T_T

Em…Dah 2 hari tak tulis pape kat blog nih..hari ni aku nak berkongsi sikit cerita yang pada aku amat memeranjatkan. Dan semestinya aku rase sedih gak r dengan kejadian ni…

Cerita bermula apabila semalam aku menerima panggilan talefon dari kakak ipar aku yang berkawan baik dengan seseorang yang aku amat admire…Kiranya orang tu adalah ‘Secret Admire’ aku r…aku dah sukakan die dari sekolah lagi…Biarlah aku gelarkan dia ‘S…’tapi biasak r kan, lelaki ni ade malu-malu kucing sket…Selama ni pun aku layan dia macam kawan-kawan aku yang lain. Tapi perasaan suka tu aku simpan je dalam hati..Aku nih main belasah je layan si ‘S’ni. Dia tak tahu yang aku sukakan dia.

Panggilan telefon tu membawa khabar si ‘S’ nih akan bertunang lagi 2minggu…Jadi, aku pun ape lagi sentap giler r…yang aku tak sangka, parent dia yang jalankan…dia tak kenal pun lelaki tu...aku memang tau yang ‘S’ nih memang budak yang baik…Bertudung labuh, tutur kata yang lembut…Sebab tu aku suke…Tapi aku tak sangka dia akan setuju dengan pilihan keluarga…Mungkin sebab die nih terlalu pendiam dan pemalu kot…Anak yang baik la katakan...

Dulu pernah aku nak cube luahkan perasaan kat die…Tapi aku nih gerun sket ngan perempuan yang baik dan bertudung labuh ni…Rasa cam diri tak cukup baik untuk die…Jadi aku pendamkan dulu…lagipun aku ni belum berduit lagi…Jadi, tak berani nak buka mulut…huhuhu…Dulu kami satu sekolah, tapi lain-lain kelas masa form 6…Mungkin bukan jodoh aku kot…

Mula-mula rasa menyesal sangat tak sempat nak luahkan apa yang aku rasa…Tapi mungkin Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk ‘S’…Dan aku redha dengan apa yang terjadi…Aku doakan dia bahagia dengan pasangan hidup yang baru…huhuhu…Mungkin aku belum cukup baik untuk menjadi teman dia..Yelah kan, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik…aku ni mungkin jahat kot…

Jadi tumpuan aku sekarang pada yang lagi 2 orang ni….huhuhu…Kalau yang 2 orang ni pun bukan jodoh aku, aku terima je dengan hati yang terbuka…sedih…Jodoh pertemuan di tangan Tuhan…Tapi tu la kan orang kata,

“Biar luahkan tapi tak diterima, jangan tak sempat nak luahkan dan terlepas begitu sahaja…”