Wednesday, December 30, 2009

HARI TERAKHIRKU DI UNITI...

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni adalah hari terakhir aku di Kolej Uniti sebagai pensyarah. Esok tiada lagi pengalaman sebagai pensyarah. Aku akan memulakan hidup ku yang baru sebagai GURU. Perasaan bercampur baur aku rasakan hari ni.

Sedih ada, gembira pun ada..Hari terakhirku bersama rakan-rakan pensyarah yang lain..Jauh disudut hati ni rasa betul-betul sedih dan tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata.Untuk meninggalkan tempat yang telah aku berpijak selama setengah tahun mencari rezeki pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa aku tempuh...

Kepada rakan-rakan yang akan menempuh alam baru sebagai guru, aku ucapkan selamat berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara...Tugas korang amat mulia..Mendidik anak bangsa untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.Jadilah seorang guru yang berkualiti dan aku takkan lupakan segala jasa korang semua.

Kepada rakan-rakanku yang masih kekal sebagai pensyarah di UNITI ni, aku doakan agar korang tidak jemu untuk mengajar di sini. Tugas korang tetap sama sebagai pendidik.Insyaallah, kalau ada umur aku akan datang kembali ke UNITI. Tanah UNITI ni takkan kulupakan.Doa korang amat aku harapkan..

AKU SAYANG KORANG SEMUA...


BERMULANYA HARIKU MENJADI GURU 4HB JANUARI 2010...

CELIK INSAN KERANA GURU UNGGUL