Thursday, November 12, 2009

BENCINTA VS ANTARA DUA


Hari Jumaat memang ditunggu-tunggu oleh aku. Sebab esok boleh cuti dua hari.huhuhu. bagi aku lebih dari sekadar cuti sebenarnya. Banyak perkara yang aku boleh buat dalam cuti dua hari nih. Salah satunya berjumpa dengan orang tersayang.huhuhu

First sekali aku nak minta maaf kat Kak Siti sebab tak dapat nak pergi ke majlis perkahwinannya..atas sebab-sebab yang memang tak dapat dielakkan. Ada perkara penting nak aku settlekan pada hari Ahad nih. Dan pastilah berkaitan dengan orang itu.
*********************************************
BENCINTA!!!!!

Maksud yang begitu mendalam sekali dalam hidup aku. Ada orang yang aku amat cinta dan ada gak yang aku sangat benci tapi tak boleh nak lepaskan..Mungkin sebab dah sayang sangat sampai tak boleh nak lepaskan.

ANTARA DUA?

Antara dua orang nih aku tak dapat nak pilih yang mana satu. Sebab dua-dua aku sayang sangat. Walaupun yang seorang nih selalu melukakan hati tapi pandai memujuk. Huh!...Tak tau nak cakap camna.. Yang seorang lagi nih baik sangat-sangat..sebab tu lah aku sayang.huhuhu.. Tutur kata yang lembut dan pandai buat lawak membuatkan hati jadi tenang..

Papepun aku harap hubungan antara keduanya dapat berkekalan sebab aku tak sanggup nak kehilangan mereka. Lagi sekali nak minta maaf kat kak Siti sebab tak dapat datang..

Tu saje kot untuk hari nih...Wassalam